Pusat membeli-belah Sekudai

Skudai merupakan kawasan tampungan bagi bandaraya Johor Bahru, dengan bilangan pusat membeli-belah yang diwujudkan di sekitar Skudai. Pusat-pusat membeli-belah yang terletak di Skudai adalah Skudai Parade, AEON Taman Universiti, KIP Mart, Skudai Mall, The Store di Taman Ungku Tun Aminah, Sutera Mall di Taman Sutera Utama, U Mall di Taman Pulai Utama, Bestmart di Taman Nusa Bestari, Pasaraya Besar Giant sepanjang Jalan Skudai. Yang terakhir dua buah pusat membeli-belah telah terbengkalai. Skudai Plaza terbengkalai disebabkan oleh muflis manakala Kemayan City ditinggalkan semasa berlakunya kemelesetan ekonomi.

Kini, Kemayan City telah diubah dengan menjadi Paradigm Johor Bahru Mall untuk menjadi sebuah pusat membeli-belah bersepadu dan projek pembangunan komersial dengan 770,000 kaki persegi dengan ruang runcit di Johor Bahru. [2] Kemayan City akan diubahsuai dan dibangunkan semula sebagai sebuah pusat membeli-belah kontemporari yang dikenali sebagai Paradigm Mall Johor Bahru bermula awal 2014 dan dijangka siap pada tahun 2015.